Bagaimana Ingin Memulakan Perniagaan Internet Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah hari ini saya ingin menjawab salah satu soalan daripada rakan kita.
Soalanya berbunyi lebih kurang begini "Bagaimana nak mula ebiz?".
Baiklah saya cuba untuk berkongsi di sini agar pembaca lain juga boleh
mendapat beberapa tip di sini secara tidak langsung akan menjadikan
newsletter ini lebih berinformasi.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba
cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa...kenapa dan kenapa nak cuba
perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba..
saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal
kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan
Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan
semangat anda yang sedang membara tersebut.

Bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan perniagaan
Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu diri anda
adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook berkenaan
perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri seminar?(saya sendiri
belum pernah menghadiri mana-mana seminar haha) dan pelbagai jenis
soalan lagi anda perlu tanya diri anda. Jika nampak sudah ok maka
mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam sesetengah orang yang sudah
membaca berpuluh-puluh ebook tetapi masih lagi tidak mengambil langkah
pertama. "Just Do It"

Bak kata Mat Biz:

"Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting ialah langkah pertama"

Nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan mencorakkan
kewangan peribadi anda nanti ;) Ramai orang yang pening nak berniaga
apa di Internet ni... Nak berniaga apa yer? Kaftan Team FlareBiz dah buat...
Nak jual tudung orang dah buat... apa yer orang masih tak buat? Jika
itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk
memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat dengan persaingan
sihat ni? Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga?
Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak perlu
betentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap mengeluarkan
ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook adsense dah berlambak
kat Internet.

Mat Biz kata "Ramai orang yang mempunyai banyak idea yang hebat tanpa tetapi tidak bertindak dan ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus dan tindakan yang sepatutnya anda tidak akan berjaya" (Pergh! Mat Biz nak jadi orang falsafah ni)

Idea... Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan cari
apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah saya bagi
anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk tersebut
secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk hosting + domain.
Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda jual
minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal,motor dan
sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh buat blog
untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar tiub tersebut
dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak langsung anda
boleh mendapatkan duit daripada program Google AdSense. Cara lain ialah
anda mungkin boleh buat video menukar tiub tersebut dan jual video tersebut
melalui Internet! Jaga pemasaran Insyallah laku macam goreng pisang panas!

Bersambung...

Jika terdapat soalan anda boleh ajukan di emel ini: support@flarebiz.com

Sekian,

Labanon,
http://flarebiz.com
http://MajalahIM.com

No comments: