Bagaimana Ingin Memulakan Perniagaan Internet Part 2

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca... Ini
merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu sebelum
membaca newsletter hari ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target
market anda?

Yer betul... saya tahu target market anda ialah pengguna Internet.
Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna
Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet
untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan
sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi
yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akan
lebih berkesan. Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah
melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya
promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh
anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan. (Oh! Adakah
anda betul-betul ingin membuat video cara menukar tiub? Tidak itu idea saya!)

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh? Beliau merupakan salah seorang
IM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang
Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR).
Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

Akhir sekali bagaimana anda ingin bermula?

Pada pendapat saya anda perlu cari niche anda tersendiri dan FOKUS
dalam niche anda. Jika anda ingin bergiat dalam adsense... tumpukan
sepenuh perhatian anda dalam adsense dan jika sudah berpuas hati
barulah beralih kebidang-bidang yang lain. Kuasa fokus ini bukan hanya
perlu dalam perniagaan Internet malah dalam perniagaan online sekalipun
kita memerlukan FOKUS supaya betul-betul berjaya.

Sudah ramai yang saya dengar rintihan para newbie.. cuba buat adsense...
tapi sampai sekerat jalan mahu tukar bidang pulak. Tak tengok lagi
berjaya atau tidak. Tapi jika anda dah cuba sedaya upaya(bukan sekerat
jalan yer) dalam sesuatu niche namun tidak berjaya.. sila tukar niche
anda dengan segera kerana niche tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda.

Mat Biz kata "Seorang yang pahlawan yang hebat tahu bila masanya untuk
meletakkan pedang" (maksudnya seseorang yang ingin berjaya perlu tahu
bilakah masa yang sesuai untuk berundur)

Baiklah saya sediakan step ringkas apa yang perlu anda lakukan untuk
bermula dalam ebiz:

1) Beli domain + hosting

2) Buat web/blog anda

3) Promosi

4) Dapat duit anda sekarang! ;)

Tidak salah untuk anda target mendapat pendapatan melalui Internet
sebanyak RM1 juta. Tidak salah namun sebelum anda buat target begitu
baiklah saya cadangkan anda buat dulu matlamat untuk short term biar
dapat RM1 dulu daripada internet. Selepas dapat RM1 buat target baru
iaitu RM10 dan seterusnya begitulah sampai anda dapat mencapai RM1 juta.
Pendapatan kami sekarang ialah 4 angka dan hampir mencecah 5 angka. So,
target kami seterusnya ialah 5 angka setengah hahaha!

Sekian.

Labanon,
http://flarebiz.com
http://MajalahIM.com

No comments: